Seri Paduka turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan sebagai Presiden Mahkamah Ra­yuan kepada Tan Sri Zulkef­li Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Malaya kepada Tan Sri Ahmad Maarop.

Md. Raus, 66, yang merupakan Presiden Mahkamah Rayuan sebelum ini, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Arifin Zakaria yang bersara daripada jawatan itu pada 31 Mac lepas.

Zulkefli, 66, pula sebelum ini telah berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya selama enam tahun manakala Ahmad, 64, te­lah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sejak 2011.

Kesemua pelantikan itu ber­kuat kuasa 1 April lalu.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.– BERNAMA