Seri Paduka diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuan­ku Munawir.

Turut berangkat hadir ialah semua raja-raja Melayu kecuali Pahang dan Johor.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Johor diwakili Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Pada mesyuarat itu, raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Melaka diiri­ngi oleh Ketua Menteri masing-masing. – BERNAMA