Pegawai Perubatan di Hospital Christchurch yang juga merupakan rakyat Malaysia, Mohamad Firdaus Mohammad Hanib memberitahu, setakat ini tiada sebarang pengumuman dilakukan.

“Semua berharap senarai nama mangsa yang meninggal dunia akan diumumkan hari ini dan mayat boleh dikeluarkan dari hospital dan diuruskan.

“Setakat yang saya tahu senarai rasmi belum keluar lagi. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya lagi, perkongsian kisah mangsa terselamat membuatkannya berfikir betapa hebatnya kuasa Allah dalam mengatur setiap perkara.

“Pelbagai cerita ajaib daripada orang-orang yang terselamat daripada kejadian tempoh hari membuatkan kita terfikir betapa hebatnya Allah dalam mengatur setiap perkara.

“Dia menyelamatkan hamba melalui jalan-jalan yang tidak disangka. Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan,” katanya. - UTUSAN ONLINE -