Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera parah dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan ketika menaiki motosikal bersama bapanya, yang turut tercedera.

"Bom seberat 25kg itu menyasarkan sebuah trak anggota tentera Task Force Narathiwat yang sedang dalam perjalanan pulang ke markas mereka," kata Ketua Polis Sungai Golok Kol Prayuth Ponsantihari ini.

Kanak-kanak terbabit dikenali Phatranan Haji Salamae cedera parah terkena serpihan bom itu, dan kedua-dua beranak itu sedang menerima rawatan di Hospital Narathiwat Rachanakarin.

Kesemua anggota tentera pulamenerima rawatan di Hospital Sungai Golok. - BERNAMA