Bekas Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menerima dokumen serah terima tugas sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman manakala jawatannya diambil alih oleh bekas Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohmad Salleh dan bekas Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. pula menggantikan tugas Mohmad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya berkata, beliau percaya pertukaran jawatan itu bakal membantu memperkuatkan lagi tiga jabatan tersebut.

“Saya berharap pelbagai aspek dapat ditingkatkan terutama isu rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Majlis tersebut turut disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim .- UTUSAN ONLINE