Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Seragamkan sijil halal di peringkat antarabangsa - TPM

Seragamkan sijil halal di peringkat antarabangsa - TPM
AHMAD ZAHID HAMIDI

KUALA LUMPUR 5 April - Industri halal global menghadapi cabaran berlarutan berikutan ketiadaan keseragaman sijil perakuan standard halal tunggal di peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa ini terdapat 200 badan pengiktirafan sijil halal di serata dunia yang mengguna pakai sijil dan logo mereka sendiri sekali gus menjadi satu lagi cabaran untuk menegakkan integriti halal.

“Walau bagaimanapun, cabaran berkenaan tentunya ada jalan penyelesaian. Kita perlu mewujudkan keseragaman pengiktirafan bersama antara pensijilan masing-masing.

“Saya sangat berharap perkara ini diambil tindakan serius untuk direalisasikan,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2017 (Mihas 2017), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain