“Dalam seminggu atau sepuluh hari lagi, jika ada perbincangan, saya akan tahu bagaimana keputusannya nanti,” kata Ribery kepada televisyen Jerman, Sport 1.

Pemain sayap berusia 27 tahun itu masih mempunyai kontrak di Bayern sehingga 30 Jun 2011 tetapi melengah-lengahkan penyambungan kontrak tersebut, malah Munich juga dilihat mungkin menjual pemain Perancis itu musim panas ini bagi mengelak kerugian jika berlaku perpindahan percuma.

Real Madrid dan Bercelona pula sedang mengintai Ribery beberapa bulan kebelakangan ini dan pemain itu sendiri berkata, dia masih ‘50-50’ samaada mahu berada di Munich atau tidak. - AFP