Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu dilihat mampu membendung masalah sosial melibatkan penyakit berkenaan.

Katanya, langkah mempromosi program pembangunan kesihatan mental di peringkat komuniti juga perlu diperbanyakkan bagi mendekati golongan tersebut.

“Seperti bom jangka, mereka yang menderita akibat masalah kesihatan mental boleh ‘meletup’ bila-bila masa yang akan memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat selain tempat mereka bekerja.

“Saya secara konsisten membangkitkan isu-isu berkaitan mental dan psikososial yang memberi kesan kepada semua pihak khususnya di rumah, sekolah dan tempat kerja serta menjejaskan kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung kejadian menyayat hati kira-kira pukul 11.45 malam pada Selasa lalu, dua beradik Nurul Hanim Idris, 5 dan Mohammad Hafiz, 1, sedang tidur maut selepas dipercayai ditetak dan dikelar seorang lelaki berusia 49 tahun yang juga kenalan bapa mereka. - UTUSAN ONLINE