Program pencarian bakat tajaan MyBeauty Malaysia yang membabitkan gadis-gadis berusia 16 hingga 25 tahun itu akan berlangsung mulai pukul 3 petang hingga 6 petang.

Majlis tersebut akan diacarakan oleh pengacara, Roslan Shah.

Pengunjung bakal dihiburkan oleh vokalis kumpulan Flybaits yang popular dengan lagu Mengapa Perpisahan Kau Pinta, Fredo.

Kemeriahan majlis diteruskan dengan dendangan suara merdu daripada penyanyi wanita Ernie Zakrie yang bakal membuat kemunculan khas pada hari berkenaan.

Bakal hadir juga barisan pelakon popular termasuk Elizad Sharifuddin.

Hanya 10 peserta yang dipilih dan bakal mara ke final Gadis Panca MyBeauty 2018 pada 14 Disember ini.

Gadis Panca MyBeauty 2018 turut mendapat penajaan daripada Datuk A. Aida yang merupakan penerbit filem dan pemilik produksi A. Aida Production Sdn. Bhd. serta Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. yang menaja hadiah berupa percutian kepada para pemenang. - UTUSAN ONLINE