Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Madius Kandurug, 53, maut dilokasi kejadian ketika mahu mengambil buah tersebut dengan menggunakan besi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Pegawai Bomba Kanan II, Hamdani Md. Harith berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.13 petang dan mengerahkan seramai lapan anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dijumpai oleh rakan sekerjanya selepas menyedari mangsa tiada di tempat duduk.

“Keadaan fizikal mangsa ketika ditemui mendapati rentung hampir 80 peratus selain telinga dan hidung berdarah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE