Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program berkenaan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban sara hidup rakyat.

“Pelbagai program dilaksanakan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat seperti program Sentuhan Rakyat di Parlimen Bera hari ini dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0.

“Sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kerana melaksanakan program yang membantu rakyat ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Bera di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd. Fadil Osman; Ketua Wanita UMNO Bera, Datuk Sabariah Saidan; Ketua Pemuda UMNO Bera, Mohd. Zoolihsan Ahmad dan Ketua Puteri UMNO, Salmiah Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE