Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sentiasa suntik nafas baharu

PENgasas Produk Sweedskin, Datin Seri Siti Noor Asikin Muhammad
PENGASAS Produk Sweedskin, Datin Seri Siti Noor Asikin Muhammad (kanan) menerima kejutan hari lahir daripada suami, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor (tengah) dan kakitangannya ketika Sambutan Ulang Tahun Ke-48 Majalah Wanita di Dewan Utusan Melayu, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Hafiz

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Berdepan dengan cabaran era digital, majalah Wanita terus komited dalam menyuntik nafas baharu dan bergerak mengikut peredaran zaman bagi memastikan ia kekal relevan dan terus menjadi pilihan pembaca.

Pengarangnya, Nor Asmah Zakaria berkata, meskipun pada mulanya agak bimbang untuk menerajui ‘tiang seri’ majalah Kum­pulan Utusan itu, beliau mengambil langkah berani da­lam mengubah isi kandungan majalah tersebut untuk menjadi lebih menarik dibaca.

Katanya, apa yang menjadikan majalah Wanita berbeza de­ngan majalah serta blog dalam talian yang lain adalah berita-berita eksklusif yang tidak boleh diperoleh di tempat lain.

“Kami di Wanita sentiasa mencari idea-idea baharu bagi menyuntik elemen ‘segar’ seka­li gus memahami kehendak pem­baca yang sentiasa berubah-ubah dan saya beruntung mempunyai satu kumpulan yang mempunyai semangat kerjasama yang sangat baik.

“Walau bagaimanapun, da­lam usaha menghasilkan isi kan­dungan terbaik, kami tetap berpegang kepada asas yang membentuk majalah ini sendiri iaitu untuk memartabatkan wa­nita-wanita hebat seluruh negara,” katanya selepas Maj­lis Minum Petang Sempena Sambu­tan Ulang Tahun Ke-48 Majalah Wanita di sini hari ini.

Tambah Asmah, dalam usaha menarik generasi muda, Wanita juga menyediakan langganan secara dalam talian bagi memudahkan pembaca.

Katanya, jika dahulu mereka hanya perlu bersaing dengan majalah lain, kini persaingan menjadi semakin luas dengan kewujudan media sosial, blog-blog fesyen dan sebagainya.

“Trend membaca kini sudah berubah dan kita harus terima ke­adaan ini. Generasi muda tidak lagi mahu membeli majalah sebaliknya mereka lebih mudah membaca di telefon pintar.

“Walaupun terpaksa berde­pan dengan realiti zaman digital yang mencabar kini, pencapaian Wanita tetap membanggakan tatkala industri penerbitan disifatkan nazak ketika ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain