Beliau berkata, golongan pelukis yang mampu menghayati secara mendalam wajar dikagumi kerana hasil kerja mereka memberi pendedahan kepada pihak lain untuk memahami sesuatu perkara atau peristiwa.

“Saya percaya bukan mudah untuk menghasilkan kerja seni yang mampu mempamerkan kepelbagaian itu di dalam satu atau dua kerja seni saja kerana kumpulan etnik dan sub etnik di Malaysia melebihi 100 kumpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis perasmian Gemilang Pameran Koleksi Lukisan Wajah dan Budaya Etnik Malaysia di sini, hari ini.

Yang turut hadir, penasihat pameran terbabit, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Presiden Soka Gakkai Malaysia, Michael Kok Fook On.

Tun M dengar taklimat
DR. MAHATHIR  Mohamed mendengar penerangan daripada pelukis, Ismail Embong (kiri) mengenai lukisan siri terpanjang Salalatus Salalatin sewaktu beliau hadir merasmikan Pameran Koleksi Lukisan Wajah dan Budaya Etnik Malaysia di Wisma SGM, Bukit Bintang hari ini. - UTUSAN ONLINE/DJOHAN SHAHRIN SHAH 

Pameran Koleksi Lukisan Wajah dan Budaya Etnik Malaysia mempamerkan 44 lukisan yang dihasilkan oleh pelukis terkenal, Ismail Embong dan anaknya, Fatimah Rohani atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong.

Pameran itu berlangsung sejak 13 Oktober lalu hingga 2 Disember ini di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia. - UTUSAN ONLINE