Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.30 pagi ini di kediamannya di Rumpun Makmur, dekat sini.

Ketua Penerangan UMNO Kuala Krau, Datuk Mohammad Jaafar berkata, Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Gunung Senyum sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gunung Senyum di sini, hari ini.

"Pemergiannya kehilangan besar bagi parti dan masyarakat memandangkan beliau banyak berjasa serta aktif dalam perjuangan parti sejak muda," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE