Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya masih memerlukan maklum balas daripada orang awam untuk memasukkan atau menggugurkan barangan tertentu.

“Sungguhpun senarai yang dikeluarkan oleh JKDM hanyalah cadangan, namun Kementerian Kewangan berpandangan adalah perlu bahawa barangan mahal yang

mewah yakni ‘big-ticket items’ haruslah dikenakan SST,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng berkata, antara barang-barang yang tersenarai untuk pengecualian adalah ‘big-ticket items’ seperti kapal terbang, kapal mewah, feri, penumpang, helikopter, kapal angkasa dan peralatan luncur salji.

Semalam Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam dalam satu sidang akhbar berkata, setakat ini jabatan hanya memuat naik senarai barangan berkadar sifar peratus di dalam portal rasmi JKDM.

Senarai barangan berkadar lima dan 10 peratus akan ditentukan minggu hadapan.-UTUSAN ONLINE