Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan mereka terbeban membayar cukai tersebut menggunakan wang sendiri.

Menurutnya, meskipun diberikan kelonggaran kerana tiada sebarang tindakan akan diambil pada masa ini, namun tindakan melengah-lengahkan atau lewat mendaftar SST hanya akan merugikan peniaga kerana tidak dapat mengutip cukai berkenaan daripada pelanggan.

“Ini sistem cukai baharu, jadi kita akan gunakan pendekatan yang lembut, mesra dan berjiwa rakyat, kalau ada apa-apa kesilapan kita akan betulkannya dan tidak akan jalankan sebarang hukuman.

“Tetapi apabila lambat buat pendaftaran, peniaga tetap kena bayar enam peratus tersebut dan tidak boleh ambil daripada pelanggan. Saya tidak rasa peniaga mahu bayar menggunakan wang mereka sendiri, jadi baik buat pendaftaran secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat tertutup mengenai SST kepada peniaga dan rakyat negeri ini di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam. - UTUSAN ONLINE