Walau bagaimanapun, kata Perdana Menteri, perbincangan yang rancak itu kemudiannya telah kembali berkeadaan baik.

“Semua pendapat akan didengari demi TN50,” katanya menerusi Twitter beliau, hari ini.

Sesi dialog TN50 Perdana Menteri bersama penggiat seni tanah air semalam berlaku insiden tidak diduga apabila pelakon dan pelawak, Sulaiman Yassin bertindak mengasari Pengarah Filem, David Teo.

Sikap Teo itu dikatakan tidak menghormati Perdana Menteri dan Pelakon, Datuk Rosyam Nor selaku moderator pada sesi dialog yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya.

Insiden itu bermula apabila David mempersoalkan Rosyam yang didakwa tidak memberi peluang kepada semua orang dalam forum itu untuk menyuarakan pandangan mereka.

Dialog tersebut diteruskan selepas itu dan Perdana Menteri yang dilihat tenang sepanjang insiden berkenaan, meminta David dan Sulaiman dibawa masuk dan meminta mereka bersalaman dan berdamai.-UTUSAN ONLINE