Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Semua guru Tabika Kemas miliki diploma 2020

Semua guru Tabika Kemas miliki diploma 2020
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama pelajar Tabika Kemas pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Kemas dan Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Bera di Sekolah Menengah Seri Bera di Bera, Pahang hari ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

BERA 10 Sept. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyasarkan semua Pemaju Masyarakat Tabika Kemas atau guru Tabika Kemas mempunyai kelayakan diploma menjelang 2020.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu semua Pemaju Masyarakat Tabika Kemas di seluruh negara akan terus diperkasakan menerusi program pemantapan tahap profesionalisme.

“Program Diploma Awal Kanak-kanak sejak 2006 membuahkan hasil apabila sehingga kini seramai 7,365 guru Tabika Kemas dan Taska Permata Kemas memiliki diploma.

“Seramai 1,000 orang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Kemas dan Hari Potensi Kemas Parlimen Bera di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Azizan Mohamad Sidin; Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin; Pengarah Kemas negeri, Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi dan Pegawai Daerah, Datuk Razihan Adzharuddin. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain