“Semoga dikurniakan haji mabrur dan diterima segala doa dan ibadat, Insya-Allah. Saya mohon kirimkan doa dan salam kepada Rasulullah SAW apabila saudara dan saudari sampai di Madinah kelak,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Twitternya, hari ini.

Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1438 Hijrah, kini sudah berada di Makkah dan Madinah.

Setakat 1 Ogos, kira-kira 14,000 atau 46 peratus jemaah berada di kedua-dua tanah suci, sejak pe­nerbangan pertama dari tanah air ke Madinah pada 24 Julai lepas.

Sebanyak 110 penerbangan akan membawa jemaah haji Malaysia ke Madinah dan Jeddah secara berperingkat dengan pe­nerbangan akhir pada 26 Ogos dan daripada jumlah keseluruhan itu, 46 penerbangan akan terus ke Madinah dan 64 ke Jeddah sebelum jemaah menaiki bas ke Makkah.

Hari Wukuf di Arafah iaitu hari bermulanya rukun haji dijadual pada 31 Ogos. – BERNAMA