Anwar menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya malam tadi turut mengutuk tindakan pengganas tersebut yang disifatkan sebagai tidak bertamadun dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan.

“Saya mendoakan roh Allahyarham Mohd. Haziq ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga keluarga mangsa diberi kekuatan melalui saat ini.

“Sekali lagi saya mengulangi ketegasan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan ini. Semoga pelaku insiden ini mendapat hukuman sewajarnya,” katanya di sini.

Stuff New Zealand melaporkan, polis mengesahkan remaja itu merupakan antara 50 mangsa serangan yang terbunuh.

Difahamkan, jenazah Mohd. Haziq adalah mangsa serangan yang terakhir dikenal pasti oleh pihak polis.

Mohd. Haziq berada di Masjid Al Noor di Deans Avenue bersama ibu, bapa dan adik lelakinya ketika seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang Jumaat lalu. -UTUSAN ONLINE