Sehubungan itu, Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian dan IAT, Mokhtar Sulai berkata, satu seminar IAT diadakan bagi memberi pendedahan mengenai selok-belok perusahaan produk IAT berasaskan makanan dalam menembusi pasaran luar kepada para usahawan sekali gus mencapai sasaran tersebut.



“Di samping itu, seminar ini juga dapat melengkapkan usahawan yang terlibat dalam bidang IAT mengenai teknologi pemprosesan makanan, Peraturan dan Akta Makanan yang berkaitan.



“Oleh itu, para usahawan perlu berusaha gigih, melengkapkan diri dengan maklumat peniagaan yang diperoleh pada hari ini serta meluaskan pasaran samada dalam atau luar negara. Perkara ini sekali gus dilihat mampu memantapkan lagi sektor IAT serta mampu mentransformasikan sektor pertanian ke arah yang lebih moden, dinamik, inovatif dan kompetitif,” katanya ketika membaca teks ucapan perasmian Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan), Datuk Jabar Shaik Mohideen pada Majlis Perasmian Seminar Usahawan IAT 2017 dekat sini hari ini.



Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian dan IAT, Noridah Ahmad serta Pengarah Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat, dan Komunikasi, Mustapa Umar. - UTUSAN ONLINE