Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, penutupan itu melibatkan 3,806 dan 272 guru.

Menurutnya, pihaknya akan memantau keadaan dari semasa ke semasa sebelum memutuskan sekolah terbabit dibuka semula.

“Ada di antara sekolah masih digenangi air dan ada yang telah surut. Bagaimanapun bilik darjah tidak dapat digunakan untuk sesi pembelajaran akibat kotor.

“Sekiranya keadaan cuaca dan keselamatan sekolah baik kita akan membuka semula sekolah-sekolah yang ditutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Maimunah, sembilan sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lapotung; SK Rungus; SK Togop; SK Kem Lok Kawi; SK Timbang; SK Darau; SK Kitobu; SK Rampayan serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Tenghilan. - UTUSAN ONLINE