Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu boleh disemak melalui portal rasmi empat universiti awam (UA) dan juga laman web Politeknik Premier.

“Semakan untuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dibuat di http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/ manakala, untuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di http://www.online.uitm.edu.my/ dan Universiti Utara Malaysia (UUM) di http://www.uum.edu.my/kemasukan.

“Bagi panggilan temu duga kemasukan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), semakan boleh dibuat di http://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga dan panggilan temu duga ke Politeknik Premier boleh disemak di http://www.politeknik.edu.my,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu katanya, untuk maklumat lanjut mengenai penggilan temu duga itu, pelajar lepasan SPM yang berkenaan juga boleh menghubungi talian hotline 03-88708200. - UTUSAN ONLINE