ismail
Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daerah ini dengan pelbagai potensi yang boleh dimajukan untuk memacu ekonomi merupakan daerah pertama diletakkan di bawah operasi penuh agensi itu.

Katanya, perluasan kawasan operasi melibatkan sembilan mukim iaitu Tanggul, Hulu Berang, Hulu Telemung, Jenagur, Kuala Berang , Kuala Telemung, Penghulu Diman, Tersat dan kawasan pembangunan Tasik Kenyir.

Katanya, ia akan meliputi kawasan seluas 387,462.60 hektar melibatkan 122 kampung dan 77,582 penduduk dan perkembangan itu bakal mengubah pembangunan fizikal dan sosioekonomi di daerah tersebut.

“Ketengah sudah bersetuju dengan cadangan perluasan operasi ini cuma dari segi prosedur, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan membawa perkara ini kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Terengganu.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di sini hari ini yang turut

dihadiri Ketua UMNO bahagian, Datuk Jailani Johari.

Katanya, selepas mendapat kelulusan kerajaan negeri kelak, pihaknya akan membawa ke Kabinet pula untuk urusan seterusnya dengan pertimbangan tentang kos dan implikasinya.

“Saya percaya tidak timbul masalah besar di peringkat negeri sebab Pengerusi Ketengah adalah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman,” katanya.- UTUSAN ONLINE