Konsep itu diperkenalkan bagi membangkitkan kemeriahan suasana selain menghidangkan menu terkenal dan istimewa sesuai dengan citarasa tempatan.

Eksekutif Chef, Chandran Narayanan berkata, antara hidangan yang ditawarkan adalah seperti Kambing Bakar ala Arab, Roti Arab, lemang, serunding daging, Nasi Kandar, Nasi Kerabu, ikan dan sotong bakar.

"Selain itu, hidangan minuman pula seperti air bandung, air tebu dan beberapa jenis perisa air lain yang sememangnya tidak mengecewakan pelanggan.

"Bagaimanapun semua hidangan ini tampil dengan pelbagai jenis dan berbeza setiap hari dan menunya akan berulang selepas empat hari," katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Selera kampung di Sutera Harbour Resort

ANTARA menu selera kampung yang menjadi pilihan ramai dalam bufet Ramadan tahun ini. - UTUSAN ONLINE

Promosi itu bermula pada pukul 6 petang setiap hari dan menawarkan harga RM128 bagi dewasa dan RM64 kanak-kanak yang berumur enam hingga 12 tahun.

Mereka yang menjadi ahli kepada pusat penginapan berkenaan, boleh menikmati tawaran diskaun sebanyak 25 peratus.

Tawaran khas diskaun 20 peratus turut diberikan kepada pelanggan yang menempah lebih daripada 20 orang sekali datang.

Bagaimanapun tawaran itu hanya sah kepada mereka yang datang bersama pada waktu dan hari yang sama. - UTUSAN ONLINE