Projek menterjemah buku 'Danses Magiques de Kelantan' dan 'Le Theatre D Ombres A Kelantan' yang berkisarkan pelbagai jenis tarian tradisional dan wayang kulit yang diterbitkan pada 1936 dan 1957 itu bakal dilaksanakan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) setelah mendapat lampu hijau daripada Kedutaan Perancis di Malaysia.

Cuisinier yang dilahirkan pada 1890 telah datang ke Kelantan pada 1933 atas arahan Kementerian Pendidikan Perancis ketika itu serta tinggal di sini hampir dua tahun dan bergaul dengan setiap lapisan masyarakat daripada raja, petani hingga masyarakat Orang Asli.

DUA buku 'Danses Magiques de Kelantan' dan 'Le Theatre D Ombres A Kelantan' nukilan penyelidik Pera

DUA buku 'Danses Magiques de Kelantan'  dan 'Le Theatre D Ombres A Kelantan' nukilan penyelidik Perancis, Jeanne Cuisinier yang dipamerkan di Pameran Seorang Etnologis Perancis di Kelantan di Perbadanan Perpustakaaan Awam Kelantan (PPAK) di Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche berkata, penemuan dan kajian Cuisinier yang turut merakam persembahan muzik zaman itu telah membuka jalan kepada kajian lanjut seni persembahan masyarakat Kelantan oleh pengkaji lain.

"Ada sesuatu yang menarik mengenai Cuisinier kerana dia datang  ke sini pada 1930-an iaitu zaman penjajahan yang menjadi masa kebanyakan orang Eropah menyangka mereka bangsa yang lebih unggul daripada orang lain tetapi Cuisinier sebaliknya percaya semua manusia mempunyai nilai yang sama tidak kira yang miskin, lemah atau berkuasa,
 
"Saya harap rakyat Kelantan dapat melihat bagaimana negeri mereka dari kaca mata orang asing ketika itu, seorang saksi asing juga boleh membuat kesilapan kerana dia mungkin salah faham terhadap apa yang disaksikannya namun sudut pandang berbeza ini berguna untuk pertimbangan diri dan inspirasi masa hadapan," katanya.

PERSEMBAHAN tarian makyung sempena perasmian Pameran Seorang Etnologis Perancis di Kelantan anjuran

PERSEMBAHAN tarian makyung sempena perasmian Pameran Seorang Etnologis Perancis di Kelantan anjuran bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Kedutaan Perancis di Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) di Kota Bharu hari ini.  – UTUSAN ONLINE/ ASMA HANIM MAHMOOD

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Pameran Seorang Etnologis Perancis di Kelantan yang memapar secebis sejarah usaha Cuisinier yang dianjurkan bersama UMK, Kedutaan Perancis di Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), di sini hari ini.

 Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan dan turut dihadiri Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar.

Cuisinier yang meninggal dunia pada 19 April 1964 bukan sahaja menghasilkan buku mengenai budaya Kelantan bahkan telah membuat beberapa siri penerangan dalam radio Perancis pada tahun 1935 berkisar wayang kulit, adat perkahwinan, masakan dan kesopanan Melayu serta budaya orang Asli malah membeli objek kraftangan yang kini disimpan di muzium-muzium di Paris.

Pameran ini yang bermula dari 15 Disember hingga 15 Januari depan adalah yang kedua seumpamanya selepas pameran pertama di Pulau Pinang pada Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE