Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sembilah buah sekolah tahfiz lagi masih diperingkat pelaksanaan termasuk dalam proses semakan dokumen dan kelulusan.

"Pelaksanaan program tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM421,000 dengan memberi tumpuan semua sekolah tahfiz di seluruh negeri ini.

"Semua selenggaraan ini hanya difokuskan kepada aspek pendawaian elektrik sahaja dan langkah keselamatan lain akan dilaksanakan selepas semuanya selesai," katanya ketika ditemui selepas sesi lawatan mesra di sekolah tahfiz, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE