Setiausaha Agung Maseu, Ab. Malek Ariff berkata, cadangan-cadangan itu termasuk pengambilalihan dan pembelian Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), pembelian Mas Engineering dan operasi Firefly oleh firma penasihat kewangan tersebut.

Katanya, langkah-langkah yang dicadangkan itu dapat menyelamatkan masa hadapan sebahagian besar 6,000 kakitangan yang akan dibuang.

“Strategi-strategi yang diusulkan telah dikaji dan diteliti oleh golongan pakar dalam bidang berkaitan dan pembiayaan korporat,” katanya kepada pemberita di Pejabat Maseu, di sini hari ini.