Beliau memberitahu perkara itu ketika berjumpa dengan pelakon berkenaan di rumahnya di sini hari ini.

“Rajinikanth beritahu saya dia berpuas hati dengan laya­nan yang diterima sewaktu jalani penggambaran di Malaysia dulu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Najib, Rajinikanth sedang menyiapkan skrip filem tersebut dan berkemungkinan menjalani penggambaran filem keduanya di Malaysia lagi.

Perdana Menteri berkata, sektor perfileman dan pelancongan adalah antara bidang yang boleh diterokai oleh Tamil Nadu dan Malaysia.

“Itulah salah satu sebab saya jumpa Rajinikanth untuk ajak beliau datang buat filem di tempat kita lagi,” katanya. – UTUSAN