Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, hal demikian kerana pengukuhan integriti dalam sektor korporat khususnya penting dalam menjadi sebuah negara membangun yang berdaya saing.

“Rekod SPRM menunjukkan sebanyak 939 orang telah ditangkap pada 2016 dengan pelbagai jenis kesalahan rasuah. Ini menyaksikan peningkatan sebanyak 11.7 peratus kes berbanding 841 orang (2015).

“Malah, melalui tangkapan seramai 785 individu berpengaruh pada Oktober tahun ini menunjukkan kesungguhan SPRM dalam membanteras jenayah rasuah di negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Konvensyen Integriti Kebangsaan 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Institut Integriti Malaysia (Integriti) Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff dan Ketua Pegawai Integriti Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Datuk Jaafar Mahad. UTUSAN ONLINE