Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu berupaya melahirkan lebih ramai pelajar bidang kemahiran dan selaras dengan usaha kerajaan mengarusperdanakan bi­dang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“TVET menjadi semakin pen­ting dan sama penting de­ngan aliran akademik yang lain. Bagaimanapun, bidang pendidikan tidak boleh bergerak sendiri, sebaliknya perlu bekerjasama de­ngan pihak industri.

“Universiti sudah tidak boleh bekerja sendiri lagi kerana pendi­di­kan dan teknologi telah berubah,” katanya semasa berucap dalam Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Jabatan Pendidikan Poli­teknik Kementerian Pendidikan Tinggi dan INTI International University di Nilai dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setia­usaha kementerian, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur; Ketua Pegawai Eksekutif INTI International University, Tim Bulow; Naib Canselor universiti itu, Prof. Datuk Dr. Rahmah Mohamed dan Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan Gamuda Berhad (Gamuda), Lai Tak Ming.

Pada majlis itu, seramai sembilan pelajar bidang kejuruteraan Politeknik Ungku Omar, Perak; Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor menerima surat tajaan biasiswa daripada Gamuda.

Mereka merupakan sebahagian daripada 50 pelajar yang akan mendapat biasiswa untuk melan­jutkan pengajian di peringkat ija­zah sarjana muda di INTI International University selama tiga tahun serta peluang bekerja de­ngan Gamuda selepas tamat pe­ngajian.

Mengulas lanjut, Idris berkata, kerjasama yang wujud akan membolehkan pelajar politeknik me­lanjutkan pendidikan ke peringkat tinggi dan bertaraf dunia kerana INTI International University me­rupakan universiti swasta yang mempunyai kepakaran selama 30 tahun.

“Kerjasama seperti ini membolehkan kita mendapat akses kepada sumber yang lebih luas dan mengukuhkan keupayaan gra­duan dalam memenuhi tuntutan kerja pada abad ke-21,” katanya.

Beliau berkata, kementerian tu­rut melaksanakan pelbagai usa­ha untuk memberi pendedahan dalam bidang industri kepada golongan pelajar antaranya menerusi program 2U2I.

“Melalui program itu, pelajar akan mengikuti pengajian selama dua tahun di universiti dan kemudian dua tahun dengan pihak industri,” katanya.

Ujarnya, selain itu, program [email protected] juga diadakan bagi memberi peluang kepada ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat berkongsi pengalaman dengan pelajar di pusat pengajian tinggi.