Pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung dalam Facebooknya berkata, program bermula pukul 9 lama dan berakhir hampir jam 12 tengah malam itu mencapai satu persetujuan menubuhkan Sekretariat Muslim Mempertahankan Kedaulatan Islam di Malaysia.

"Ketepikan perbezaan politik dan ideologi kita dan bersama menunjukkan perpaduan kita menyuarakan bantahan kepada mereka yang tidak hormat pada Perlembagaan negara.

"Insya-Allah sahabat semua yang bukannya ahli mana-mana parti dan NGOi juga boleh terlibat dan bersama mendaulatkan Islam di tanah air tercinta ini. Doakan sekretariat ini terus teguh dan mengetepikan perbezaan kita demi mendaulatkan Islam. Allahuma Ameen," kata Firdaus.

Firdaus yang dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat berkata, satu tindakan awal akan diputuskan oleh sekretariat tersebut Selasa depan dan pengumuman akan dilakukan oleh semua wakil parti dan NGOi yang terlibat kepada ahli mereka serta menerusi media sosial.-UTUSAN ONLINE