Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, selain komitmen kerajaan untuk memberi pendidikan kepada rakyat, negara juga telah menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menggunakan dasar Pendidikan Untuk Semua.

Menurutnya, kewujudan SKM berpunca daripada penutupan ladang-ladang yang dimajukan, sekolah di pulau-pulau kecil dan kawasan pedalaman yang kian ditinggalkan.

"Pihak kementerian akan hanya menutup atau menggabungkan SKM sekiranya keluarga pelajar bersetuju untuk berpindah dan pada masa sama mereka tidak menanggung beban untuk ke sekolah baru," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada seramai 541 pelajar cemerlang Parlimen Batu Pahat dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.