Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Kelapa Sawit (MPOC), Datuk Dr. Kalyana Sundram, antara faktor utama kejayaan ini merupakan hasil desakan Malaysia dan lain-lain negara pengeluar minyak kelapa sawit melalui sekatan yang diputuskan pada April 2017 melalui satu resolusi EU, yang kononnya untuk kelestarian alam sekitar global.

“Sejak sekatan itu diluluskan, EU menerima pelbagai desakan dan kecaman dari negara-negara pengeluar minyak kelapa sawit terutamanya Malaysia dan Indonesia dan mereka meneliti dan mengambil kira semua desakan-desakan tersebut yang berlangsung selama 18 bulan tanpa henti.

“Akhirnya mereka menarik balik sekatan tersebut dan MPOC serta seluruh rakyat negara ini sangat mengalu-alukan penarikan balik sekatan ini dan keputusan yang dibuat sememangnya tepat pada masanya,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Sawit, MPOC Kelana Jaya dekat sini, hari ini.

Malaysia sebelum ini begitu mendesak (EU) untuk tidak mengenakan sekatan itu selepas Parlimen Eropah telah mengundi dengan memihak kepada draf undang-undang mengenai tenaga boleh diperbaharui yang mencadangkan penggunaan minyak sawit dalam biofuel dilarang mulai 2021.

EU memberikan alasan komoditi yang digunakan secara meluas itu akan menjejaskan hasrat Eropah untuk melestarikan sektor pengangkutannya jika digunakan sebagai biodiesel.

Sebagai pengeksport minyak sawit utama dunia, Malaysia dan Indonesia akan terjejas dengan langkah tersebut. - UTUSAN ONLINE