Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu dilaksanakan menggunakan sistem gaji berkomputer jabatan berkenaan setelah mengambil kira potongan-potongan yang dibenarkan Ketua Jabatan.

“Langkah ini diharap dapat membantu penjawat awam dalam menguruskan hal ehwal kewangan peribadi dengan lebih teratur dan mengelakkan mereka terjerumus dalam masalah hutang yang serius.

“Di samping itu, kerajaan turut mengadakan program usaha sama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu penjawat awam menguruskan kewangan masing-masing,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustapha Kamal Mohd. Yusooff mengenai usaha kerajaan memastikan penjawat awam di semua sektor tidak terbeban dengan hutang ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara, hari ini. - UTUSAN ONLINE