Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sekat penghalang minyak sawit – PM

Najib Tun Razak disambut orang ramai di Ladang Tennamaram, Sime 2
NAJIB TUN RAZAK disambut orang ramai di Ladang Tennamaram, Sime Darby Plantation, Bistari Jaya, Kuala Selangor, Selangor, semalam utusan/Saharuddin Abdullah

KUALA SELANGOR 18 Mei - Malaysia mungkin me­laksanakan tindak balas ke atas mana-mana negara yang cuba menyekat perkembangan industri minyak sawit tempatan melalui dakwaan yang tidak berasas.

Demikian ditegaskan Datuk Seri Najib Tun Razak susulan daripada tindakan negara tertentu termasuk Kesatuan Eropah (EU) yang baru-baru ini mengusulkan satu resolusi untuk menghalang penggunaan bahan api bio yang berasaskan sawit menjelang 2020 kerana pembangunan tanaman itu dikatakan dilakukan secara tidak mampan, mencemarkan alam sekitar dan sebagainya.

Menurut Perdana Menteri, langkah tindak balas itu katanya merupakan antara perkara yang telah dibincangkannya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo memandangkan republik itu juga merupakan pengeluar minyak sawit utama dunia semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Fi­lipina baru-baru ini.

“Dalam perbincangan itu, Malaysia dan Indonesia telah bersetuju kedua-dua negara melalui Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengadakan pertemuan dengan negara-negara terbabit seperti EU untuk me­yakinkan apa yang mereka lakukan (halangan) dan dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

“Kita mesti beritahu mereka bahawa Malaysia dan Indonesia bukan negara yang tidak ada kemampuan. Kita beli banyak produk mereka dan sesiapa yang memboikot industri minyak sawit mungkin akan berdepan de­ngan tindak balas daripada Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Beliau berucap semasa merasmikan Sambutan 100 Tahun Ke­gemilangan Industri Minyak Sawit Negara di Ladang Tennamaram di sini, hari ini.

Yang hadir sama ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Sime Darby Berhad, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Tambah Perdana Menteri, dalam usaha meyakinkan negara-negara yang terlibat termasuk EU mengenai industri sawit negara, beliau telah meminta Siew Keong untuk melaksanakan tugas itu bersama-sama kerajaan Indonesia yang dijangka diwakili Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi­nya, Darmin Nasution.

Terdahulu, Najib turut menegaskan bahawa kerajaan juga akan mewajibkan industri sawit di negara ini melaksanakan Skim Persijilan Mampan Malaysia (MSPO) bermula 31 Disember 2019 yang diharapkan dapat menangkis sebarang tuduhan tidak berasas terhadap industri itu.

Menurutnya, langkah mewajibkan MSPO merupakan salah satu daripada lima anjakan transformasi industri sawit negara dalam tempoh 100 tahun akan datang.

Di bawah anjakan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memberikan tumpuan terhadap pelaburan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersialan (R&D&C) bagi menyokong perkembangan industri tersebut.

“Anjakan ketiga, kerajaan mem­beri fokus dan memperkukuhkan pembangunan modal insan. Dalam hal ini, tenaga kerja mahir, berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknik serta aplikasi teknologi moden yang akan menjamin kecekapan industri serta produktiviti dan daya saing pada masa depan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain