Mohd Shahar Abdullah
Mohd Shahar Abdullah 

Ini kerana syarikat penerbangan kebangsaan itu merupakan aset negara selain memiliki nilai-nilai sentimental kepada rakyat.

Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkata, selain MAS, syarikat-syarikat lain milik negara juga tidak seharusnya dijual kepada pihak lain.

“Pelan pemulihan MAS ini mesti ada. Ini kerana kita tidak mahu syarikat -syarikat kita juga dijual.

“Dahulu, semasa pentadbiran Yang Berhormat Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak), apabila kita menjual Proton Holdings Bhd. kepada Geely hanya 49 peratus, ramai yang menangis. Tetapi, hari ini, MAS ingin dijual,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE