Pengerusi Gabungan Institut Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera (GILKSB), Nordin Abdul Malik berkata, hal demikian ini kerana dana PTPK sebanyak RM95 juta yang disediakan oleh Kementerian Tenaga Manusia dikatakan tertangguh untuk disalurkan kepada para pelatih.

“Setelah kami melakukan banyak perbincangan di peringkat kementerian, masing-masing memberikan alasan, mereka belum menerima arahan terkini dan muktamad terutamanya daripada Kementerian Kewangan.

“Keadaan ini menyebabkan hampir 30,000 ribu pelatih lama dan baharu dijangka tidak dapat mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus kemahiran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden Persekutuan Pusat-pusat Latihan Kemahiran JPK Swasta Malaysia, P Sailanathan; Pengerusi Gabungan Pusat Latihan Kemahiran India Malaysia, Datuk Ibrahim Shah Sahul Hamid dan Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Mohammad Rizan Hassan. - UTUSAN ONLINE