Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kelewatan pembayaran itu juga akan menjejaskan aliran tunai kerana syarikat kontraktor telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menyiapkan pelbagai projek.

“Kerajaan perlu memandang serius dakwaan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mengenai masalah pembayaran yang masih belum dibuat kepada mereka walaupun projek telah disiapkan.

“Untuk menyiapkan projek, kontraktor perlu mengeluarkan perbelanjaan besar dan mungkin ada yang meminjam daripada bank yang sudah pasti perlu dibayar balik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad mendesak kerajaan mengatasi masalah kelewatan bayaran kepada kontraktor khususnya kontraktor kecil bagi mengelak timbulnya pelbagai masalah lain. - UTUSAN ONLINE