Boleh dikatakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyadi penyatu apabila meminta kumpulan tersebut menghasilkan sebuah lagu yang akan menjadi lagu tema

Karnival Usahawanita dan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018.

Ketika ditemui media di Pantai Kuala Kertih di lokasi jelajah Road To MAHA dan Karnival Usahawanita, vokalis kumpulan itu, Asheed berkata, Def Gap C telah lama merancang untuk kembali bersatu tetapi tidak mempunyai peluang kerana jarang bertemu.

“Datuk Seri Ahmad Shabery berjumpa saya kerana ada kerja sedikit dan memberi peluang kepada untuk membuat lagu Segalanya Wanita.

“Lagu ini menceritakan wanita dari segi kegigihan dan kesabaran bermula dari bawah naik ke atas. Pengorbanan dan kejayaan mereka. Wanita ini menyeluruh. Seorang ibu merupakan wanita,” kata Asheed.

Menurut beliau, Ahmad Shabery turut menyumbang lirik terhadap lagu Segalanya Wanita yang dihasilkan dalam masa tidak sampai dua minggu.

“Saya harap peminat dapat menerima semula kami. Kami tidak akan mengecewakan peminat dan akan menghasilkan karya yang terbaik,” kata Asheed.

Segalanya Wanita mengekalkan konsep rock moden yang merupakan identiti Def Gap C yang turut dianggotai oleh Jembo (guitaris), Atong (pemain drum) dan Epyn (pemain bass).

Lagu tema itu diperkenalkan pada majlis pelancaran Karnival Usahawanita dan Road To MAHA 2018 jelajah Pantai Kuala Perlis hari ini yang dilaksanakan Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut hadir Ahmad Shabery. Sejak bermula semalam, Road To MAHA 2018 dan Karnival Usahawanita menerima kira-kira 20,000 pengunjung. Karnival tersebut akan berakhir esok. - UTUSAN ONLINE