Perjanjian tajaan tersebut dimeterai antara UKSB yang diwakili Pengarah Eksekutifnya, Arffin Nordin manakala Secret Correa pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Azila Mohd. Azmi dalam satu majlis di Bandar Baru Bangi dekat sini, hari ini.

AHM yang merupakan pencarian wajah penghias kulit majalah Hijab Fesyen memasuki musim ketiga turut menyaksikan artis terkenal Ifa Raziah dilantik menjadi hos Siri Jelajah Pemilihan peserta di empat zon, iaitu Zon Selatan, Zon Utara, Zon Timur dan Zon Tengah.

Nor Azila berkata, syarikatnya menaja pertandingan ini yang menepati konsep syarikat yang menekankan soal kesihatan dan kecantikan sebagai aset penting kepada penampilan khususnya untuk kaum wanita. 
“Saya berharap dengan kerjasama ini, tidak sahaja untuk mempromosikan produk syarikat saya tetapi bersama-sama untuk membantu mencari para peserta yang berketrampilan, cantik dan bijak,”katanya. - UTUSAN ONLINE