Sekreteriat Bencana Negeri berkata, pemindahan itu membabitkan 10 lagi mangsa daripada sebuah keluarga sejak pukul 8.45 malam semalam.

Sehingga pukul 9.30 pagi ini, seramai 161 mangsa daripada 36 keluarga masih berada di tiga buah pusat pemindahan yang dibuka di negeri ini.

“Selain di Padang Rengas, seramai 108 mangsa daripada 21 keluarga masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan

Simpang Tiga, Parit.

“Manakala 43 orang dari 14 kelurga berada di Dewan Orang Ramai Kampung Sumpitan, Lenggong,” katanya. - UTUSAN ONLINE