Beliau berkata, usaha itu dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia melalui inisiatif perluasan liputan selular, jalur lebar mudah alih dan talian tetap.

"Sebanyak 375 menara telekomunikasi lagi sedang dalam pelaksanaan dan akan siap secara berperingkat pada suku keempat tahun ini dengan kos RM3.4 bilion bagi tempoh tiga tahun operasi.

"Menjelang 2020, 95 peratus rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada internet," katanya menjawab soalan Dr. Mansor Abd Rahman (BN-Sik) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, menjawab soalan asal Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) mengenai status terkini kemudahan internet berkelajuan tinggi yang dibina di Kelantan, Jailani berkata empat ibusawat Telekom Malaysia (TM) di Jeli, Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian, telah dinaik taraf.

Kemudahan sama turut dinaik taraf di Kelantan iaitu di Wakaf Bharu, Bachok, Gua Musang, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Pasir Mas.

"Bagi kawasan lain di Kelantan, kerajaan akan menyediakan dan menaikkan infrastruktur secara berperingkat mengikut jadual perancangan pembangunan jangka panjang dengan kos pelaburan setakat ini ialah RM44 juta," katanya.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Baihaki mengenai kelewatan pemasangan kemudahan internet berkelajuan tinggi, Jailani berkata, perkara itu berlaku kerana pelaksanaannya melibatkan beberapa proses antaranya kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pengesahan jurutera awam, pemilik bangunan yang tidak memberi kerjasama selain masalah kecurian kabel.