Afjets memperoleh perintah itu melalui perintah penghakiman ingkar  yang direkodkan oleh Hakim M. Gunalan semalam selepas membenarkan permohonan syarikat itu dalam saman yang difailkan pada 14 Oktober 2016 terhadap ahli kumpulan itu.

JOHOR BAHRU 26 Oktober 2015 - KONSERT Search Panggung Khayalan
 


Mereka ialah pemain gitar, Noordin  Mohd. Taib, 55, pemain gitar utama, Hamzah Mohd. Taib (Kid), 50, dan pemain gitar bass, Nasir Daud, 58, dan vokalis kumpulan Itu, Amy Search atau Suhaimi Abd. Rahman, 59.


Namun begitu, peguam Adnan Seman @ Abdullah yang mewakili Afjets selaku pihak plaintif memberitahu pemberita, pihaknya masih meneruskan saman terhadap Amy namun perintah penghakiman ingkar terhadapnya belum direkodkan.


Selain perintah ganti rugi khas tersebut, mahkamah  membenarkan perintah injunksi terhadap ketiga-tiganya melalui dirinya, pekerja-pekerjanya atau ejen-ejennya daripada mengeluarkan dan menerbitkan sama ada secara maya, lisan atau bercetak sebarang kenyataan yang memburuk-burukkan serta memfitnah Afjets selaku pihak plaintif. – UTUSAN ONLINE