Pengurus Besar Kanan Haji selaku Ketua Rombongan Haji Malaysia menerima sumbangan tersebut daripada wakil SDARA, Mohd Farid Shah Mohd Basir pada majlis ringkas yang diadakan di Abraj Janadriyah, Mekah.

Farid berkata, kerusi roda merupakan antara peralatan yang amat diperlukan oleh jemaah Malaysia memandangkan bilangannya yang terhad bagi setiap bangunan kediaman. Justeru, sumbangan tersebut dapat membantu jemaah yang menghadapi masalah kesihatan untuk melakukan ibadah haji.

“Selepas mengetahui akan keperluan ini, ahli Alumni SDAR berjaya membuat kutipan dengan cepat iaitu hanya mengambil masa selama 3 hari sahaja iaitu dari 25 hingga 28 Ogos 2018.

“Alhamdulillah, akhirnya tertunai hajat kami untuk menyerahkan 56 unit kerusi roda berkenaan kepada semua 18 bangunan kediaman maktab pada hari ini.” ujarnya. - UTUSAN ONLINE