Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, pihaknya komited untuk menggalakkan golongan muda Malaysia supaya membuat pelaburan sejak awal lagi.

“SC mahu meyakinkan orang muda bahawa mereka tidak memerlukan duit berjuta untuk melabur lebih-lebih lagi golongan millenial kini berdepan cabaran kos kehidupan dan komitmen kewangan tinggi serta gaji yang rendah.

“Anda boleh mula melabur serendah RM100,” katanya ketika berucap sempena Pesta Bijak Labur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE