Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SBJK bakal ubah Chow Kit

NAJIB TUN RAZAK melihat model pembangunan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ketika mengadakan lawatan
NAJIB TUN RAZAK melihat model pembangunan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ketika mengadakan lawatan kerja ke sekolah tersebut di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Johari Abdul Ghani (kanan) dan Zulkernai Fauzi (kiri). UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) bakal mentransformasikan Chow Kit menjadi pusat pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, SBJK merupakan sebuah sekolah unik yang dibiayai kerajaan untuk membolehkan kanak-kanak tanpa me­ngira latar belakang mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

“Apa yang saya umumkan sebelum ini iaitu RM30 juta untuk pembangunan SBJK hari ini telah menjadi realiti yang mana pada November tahun depan, blok akademik SBJK akan siap dan asrama pula dijangka siap pada 2020,” katanya ketika berucap selepas mengadakan lawatan kerja ke SBJK di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengetua SBJK, Zulkernai Fauzi.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang mula beroperasi pada 19 Ogos 2013 yang berdasarkan pendidikan alternatif, kini mempunyai 152 pelajar dan 21 guru.

Pada tahun lalu ketika melawat sekolah itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi pembinaan sekolah dan asrama SBJK.

Menurut Perdana Menteri, SBJK merupakan manifestasi komitmen kerajaan untuk menyediakan pendi­dikan berkualiti kepada semua golongan tanpa mengira kedudukan sosio­ekonomi mereka kerana kerajaan percaya kepada konsep keadilan sosial dan pendemokrasian pendidikan.

Dalam pada itu beliau berkata, laporan Climbing the Ladder: Socio-Economic Mobility in Malaysia oleh Khazanah Research Institute menyebut bahawa faktor mobi­liti sosial paling berkesan adalah akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran.

Tambah beliau, melalui pendidikan individu daripada semua lapisan masyarakat dapat mening­katkan taraf kehidupan keluarga mereka hanya dalam satu generasi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain