Ruhainies popular menerusi drama bersiri Hello Mr. Perfect.
Ruhainies berkata, dia terkejut dan tidak menyangka Janna sanggup untuk bertindak sedemikian semata-mata untuk menjatuhkan kerjaya seninya kerana Janna sudah meminta maaf atas kesilapannya dahulu.

Malah jelasnya, isu pergaduhan melibatkan mereka sebelum ini sudah diselesaikan, namun Janna dilihat tidak berpuas hati dan terus memalukan dirinya biarpun dia sudah memaafkan pelakon itu.-UTUSAN ONLINE