Notis kehakiman merupakan satu dokumen penting bagi memberitahu Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi Parlimen Cameroon Highlands telah dikosongkan atau pun tidak.


Sivarraajh juga pada masa sama mempertahankan bahawa beliau tidak terlibat dengan amalan rasuah dan disebabkan itulah mahkamah tidak melaporkan kes beliau kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .


“Kalau kata nak rasuah, nak tolong orang makan, tolong orang minum. Orang Asli ini bergantung kepada kita, saya ingat 222 Parlimen kena dipanggil buat pilihan raya semula. 


“Saya nak jumpa Yang Dipertua Dewan Rakyat dan saya nak  perjelaskan isu ini kepada beliau, sebab memang proses dia. Dulu Lim Guan Eng disabit kesalahan rasuah tapi dipilih menjadi Menteri Kewangan, saya masih jadi Ahli Parlimen, tiada isu,” katanya ketika ditemui pemberita  lobi Parlimen, hari ini.


Sebelum itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff mengarahkan Sivaraajh keluar dewan kerana gagal membuktikan perintah penggantungan daripada mahkamah.


Katanya, arahan itu dikeluarkan sementara Sivaraajh mendapatkan pandangan peguam yang pakar dan membuktikan perintah perundangan berkenaan.


Menurut Mohamad Ariff, Sivaraajh perlu mendapatkan nasihat peguam yang pakar untuk memutuskan sama ada rayuannya yang difailkan dalam tempoh 14 hari secara automatik mengakibatkan satu penggantungan keputusan mahkamah. - UTUSAN ONLINE