Menurutnya, beliau akan mematuhi cadangan yang dikeluarkan oleh Idris Jala, yang dilantik oleh kerajaan pada 7 Jun lalu bagi mencari penyelesaian berhubung isu arahan bercuti kepada empat pengurusan kanan FGV.

“Saya akan mematuhi cadangan-cadangan daripada laporan yang disediakan oleh Idris. Pada masa sama berhubung siasatan dalaman yang dimulakan oleh Mohd. Isa, saya yakin tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zakaria pada masa sama mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dr. Sulaiman Mahboob yang dilantik sebagai pemangku Pengerusi FGV menggantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang meletakkan jawatannya hari ini.

Pada 6 Jun lalu, FGV mengarahkan empat pe­ngurusan kanannya termasuk Zakaria bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan ber­hubung dakwaan salah­ laku urus niaga syarikat.

Menurutnya, beliau turut berhubung dengan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menjadi penasihat perundangannya mengenai siasatan dalaman tersebut. - UTUSAN ONLINE